Friday 15 July 2011

How To Create A Blog

Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu. Jika anda telah mempunyai akaun Google, anda bolehlah terus sign in pada laman web Blogspot.


Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap tekan butang “Continue”.


Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tidak boleh diubah lagi selepas ini.


Pilih template. Pilih mana-mana template iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.


Setelah kesemua langkah telah berjaya dilakukan, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina!


Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “New Post”.


Berikut adalah contoh blog yang telah dihasilkan. Mudahkan!
Selamat mencuba!!!


No comments:

Post a Comment